Home Top Ad

*JOM BUKA PINTU SYURGA FIRDAUS Tanpa HISAB DENGAN SEDEKAH SUBUH BERJEMAAH* Jom aktifkan Sedekah Subuh untuk mendapat doa para malaikat. Dari...

Jom buka pintu syurga Firdaus tanpa hisab

*JOM BUKA PINTU SYURGA FIRDAUS Tanpa HISAB DENGAN SEDEKAH SUBUH BERJEMAAH*

Jom aktifkan Sedekah Subuh untuk mendapat doa para malaikat.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

"Ketika hamba berada pada setiap pagi, ada dua Malaikat yang turun lalu berdoa, "Ya Allah berikanlah ganti kepada mereka yang gemar berinfak (rajin memberi nafkah kepada keluarga)." Malaikat yang lain berdoa, "Ya Allah, berikanlah kerugian kepada mereka yang enggan bersedekah (memberi nafkah)." 
(HR Bukhari dan Muslim).



Allah Ta'ala berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." 
(Surah Al Baqarah: 261).

*18 FADHILAT SEDEKAH SUBUH*📱⏳💵💰🪙🗳️👇

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi." 
(Surah Faathir [35]: 29)"

1- Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT.

2- Mendapat Ganjaran Pahala

3- Bertambah Rezeki Dan Mendapat Keberkatan

4- Menyembuhkan Penyakit

5- Memberi Ketenangan Hati Dan Kebahagiaan

6- Melahirkan Rasa Syukur

7- Terhindar Daripada Sifat Kedekut

8- Melatih fikiran Positif Dan Adil

9- Terhindar Daripada Cinta  Keduniaan Dan Materialistik

10- Menjauhkan Diri Daripada Sikap Bongkak Dan Sombong

11 -Hati menjadi tenang dan bahagia 

12- Sedar dan tidak mementingkan keduniaan 

13-Sentiasa didoakan para Malaikat

14-Sedekah Kamu akan Dibalas dengan Kebaikan yang Berlipat

15-Sedekah Kamu akan Membuat Doamu Lebih Mudah Dikabulkan

16- Sebagai Penghapus Dosa-dosa

17-Sedekah Subuh sebagai Pembuka Pintu Rezeki 

18-Sedekah Subuh Memberikan Keberkatan pada Harta Kita 

19- Jaminan mendapat Syurga Adnin dan Syurga Firdaus tanpa Hisab 


=======================