Home Top Ad



  Ketahuilah bahawa..rezeki itu bukan sahaja dengan  *menghasilkan wang..urusan pekerjaan lancar..banyak duit simpanan dan banyak harta*.   ...



  Ketahuilah bahawa..rezeki itu bukan sahaja dengan  *menghasilkan wang..urusan pekerjaan lancar..banyak duit simpanan dan banyak harta*.
  Tetapi rezeki itu *banyak aspek* jika kita melihat dengan *neraca iman*..
  Antaranya:
Langkah kaki yg dimudahkan untuk hadir *ke Majlis Ilmu*..itu adalah *rezeki*.
  Langkah kaki yg dimudahkan untuk *solat berjemaah di masjid* adalah *rezeki*.
  Hati yg Allah jaga *jauh dari iri hati..dengki dan kebencian* adalah *rezeki*.
  Ada rakan² yg *soleh & solehah* dan *saling mengingatkan dalam kebaikan*..itu juga *rezeki*.
  Tubuh yg *sihat* adalah *rezeki*..Bahkan *saat diuji dengan sakit*..itu adalah *penggugur dosa*.
  Justeru yg harus *kita waspada* adalah..*ketika hidup kita penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan*..padahal begitu banyak *hak Allah yg tidak kita tunaikan*.

*والسّلام...*

Ini antara kisah rumah tangga sahabat Nabi yang saya rasa penting diketahui umat masa kini. Banyak pedoman dan jawapan kepada kemusykilan se...

Ini antara kisah rumah tangga sahabat Nabi yang saya rasa penting diketahui umat masa kini. Banyak pedoman dan jawapan kepada kemusykilan semasa. Di sini saya permudahkan kisahnya.

Dulu isteri Abdullah bin Mas'ud yang bekerja dan menanggung makan minum suami dan anak-anak. Beliau buat barang perhiasan. Pada suatu hari beliau mendengar kuliah muslimat yang disampaikan oleh Nabi. Kesannya, beliau pun bersemangat nak bersedekah. Pulang ke rumah, beliau terus kumpulkan sebahagian barang perhiasan untuk disedekahkan.

Melihat keadaannya itu, suaminya, Ibn Mas'ud pun menegur, 

أَيْنَ تَذْهَبِينَ بِهَذَا الْحُلِيِّ؟

"Awak hendak ke mana dengan barang perhiasan ini?"

Beliau memberitahu, "Saya hendak mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul-Nya dengannya. Semoga Allah tidak jadikan saya ahli neraka." (Riwayat Ahmad)

Dalam riwayat lain, beliau berkata, 

لَقَدْ شَغَلْتَنِي أَنْتَ وَوَلَدُكَ عَنِ الصَّدَقَةِ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَتَصَدَّقَ مَعَكُمْ بِشَيْءٍ

"Awak dan anak awak menyibukkan saya daripada bersedekah selama ini. Saya tidak boleh bersedekah langsung setakat ini." (Riwayat Ahmad)

Abdullah bin Mas'ud pun membalas, "Sungguh saya pun tidak suka awak buat jika tidak ada pahalanya." (Riwayat Ahmad)

Beliau berkata lagi,

هَلُمِّي تَصَدَّقِي بِهِ عَلَيَّ وَعَلَى وَلَدِي، فَأَنَا لَهُ مَوْضِعٌ

"Belanjalah dengannya kepada saya dan anak saja. Sayalah tempat yang sepatutnya."

Isterinya membalas, "Tidak. Tunggu saya bawa pergi jumpa Nabi dulu!" (Riwayat Ahmad)
 
Beliau pun pergi mengadu kepada Rasulullah. Antara yang beliau kata, "Wahai Rasulullah, saya seorang wanita yang ada kerja sendiri. Hasil kerja itu saya boleh membeli. Tidak ada pendapatan lain bagi saya, anak saya dan suami saya selain daripada itu. Adakah saya dapat pahala atas setiap yang saya belanjakan?" (Riwayat Ahmad)
 
Dalam riwayat lain, beliau juga menyebut, "Hari ini tuan perintahkan bersedekah. Saya ada barang perhiasan. Jadi saya hendak sedekahkannya. Namun Ibn Mas'ud mendakwa bahawa dia dan anaknya ialah orang yang paling berhak untuk saya sedekahkan."

Nabi pun jawab,

‎صَدَقَ ابْنُ مَسْعُودٍ، زَوْجُكِ وَوَلَدُكِ أَحَقُّ مَنْ تَصَدَّقْتِ بِهِ عَلَيْهِمْ

"Betul Ibn Mas'ud. Suami awak dan anak awak ialah orang yang paling berhak untuk awak sedekahkan kepada mereka." (Riwayat al-Bukhari) 

Dalam riwayat lain, Nabi jawab,

‎نَعَمْ، لَهَا أَجْرَانِ، أَجْرُ القَرَابَةِ وَأَجْرُ الصَّدَقَةِ

Ya, dia dapat dua jenis pahala lagi. Pahala kekeluargaan dan pahala sedekah." (Riwayat al-Bukhari)

Tamat.

Begitulah. Dalam soal rumah tangga, agama tidak ketat dan kaku. Suami mesti buat A, isteri kena buat B. Maka suami tidak boleh buat kerja isteri. Isteri tidak boleh buat kerja suami. 

Sebaliknya Islam hanya letakkan prinsip-prinsip asas. Suami disanjungi, ditaati, isteri disayangi, dilindungi. Rasulullah nasihat para isteri bahawa suami ialah 'syurga atau nerakamu'. Dalam masa yang sama Nabi tegur para suami yang kasar, "Mereka bukan orang baik. Orang baik, ialah orang yang baik dengan isterinya."

Adapun bagaimana nak hidup berkeluarga, terserahlah kepada suami isteri atas perbincangan, persefahaman dan kerjasama antara mereka berdasarkan situasi masing-masing yang berbeza dengan orang lain justeru jangan hendak disamakan. 

Apa yang tercetus di fikiran apabila baca kisah ini? Komen ya. 

10 / 20 tahun shj akan ada org dtg ziarah & mendoakan kita.  Itu pun kalau bernasib baik masih ada yg mengingati kita. Atau org yg mendo...


10 / 20 tahun shj akan ada org dtg ziarah & mendoakan kita. 
Itu pun kalau bernasib baik masih ada yg mengingati kita. Atau org yg mendoakan kita tu masih hidup. 

Mcmana klu kita anak tak ramai. Dan hidup sebarang kara? 
Siapalah yg akan mendoakan kita di dunia lepas kita mati?
Nak harapkan pahala sendiri mana mungkin cukup menampung kekurangan ibadah dan dosa2 kita. 

Sebab itulah, kita kena banyak sedekah & memberi. 
Dengan sedekah / memberi itulah selagi org gunakan atau manfaatkan. 
Selagi itulah pahala mengalir buat kita hingga hari kiamat. 

antara sedekah yg baik adalah.

ilmu - selagi digunakan itulah pahala hidup

belanja makan pd org lain - makanan yg menjadi darah daging bila org itu beribadah kita akan dpt pahala juga 

sedekah pd pembangunan masjid 

selain itu, memperbanyakkan tempat sujud adalah antara perkara yg boleh dilazimi. 
di akhirat nanti tempat2 kita bersujud itulah menjadi saksi pd solat dan ibadah kita. 
kerana itu jika Sy musafir Sy akan rasa terlalu rugi kalau tak solat di satu2 tempat. 

semoga Allah menerima ibadah kita dan memelihara jiwa serta iman kita padaNya. 

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kerana Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid: 18)

Al-fatihah atuk Juahir bin Darno (1921 - 2022)







Yang mudah dan simpel.


Yang mudah dan simpel.


*JOM BUKA PINTU SYURGA FIRDAUS Tanpa HISAB DENGAN SEDEKAH SUBUH BERJEMAAH* Jom aktifkan Sedekah Subuh untuk mendapat doa para malaikat. Dari...

*JOM BUKA PINTU SYURGA FIRDAUS Tanpa HISAB DENGAN SEDEKAH SUBUH BERJEMAAH*

Jom aktifkan Sedekah Subuh untuk mendapat doa para malaikat.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

"Ketika hamba berada pada setiap pagi, ada dua Malaikat yang turun lalu berdoa, "Ya Allah berikanlah ganti kepada mereka yang gemar berinfak (rajin memberi nafkah kepada keluarga)." Malaikat yang lain berdoa, "Ya Allah, berikanlah kerugian kepada mereka yang enggan bersedekah (memberi nafkah)." 
(HR Bukhari dan Muslim).



Allah Ta'ala berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." 
(Surah Al Baqarah: 261).

*18 FADHILAT SEDEKAH SUBUH*📱⏳💵💰🪙🗳️👇

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi." 
(Surah Faathir [35]: 29)"

1- Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT.

2- Mendapat Ganjaran Pahala

3- Bertambah Rezeki Dan Mendapat Keberkatan

4- Menyembuhkan Penyakit

5- Memberi Ketenangan Hati Dan Kebahagiaan

6- Melahirkan Rasa Syukur

7- Terhindar Daripada Sifat Kedekut

8- Melatih fikiran Positif Dan Adil

9- Terhindar Daripada Cinta  Keduniaan Dan Materialistik

10- Menjauhkan Diri Daripada Sikap Bongkak Dan Sombong

11 -Hati menjadi tenang dan bahagia 

12- Sedar dan tidak mementingkan keduniaan 

13-Sentiasa didoakan para Malaikat

14-Sedekah Kamu akan Dibalas dengan Kebaikan yang Berlipat

15-Sedekah Kamu akan Membuat Doamu Lebih Mudah Dikabulkan

16- Sebagai Penghapus Dosa-dosa

17-Sedekah Subuh sebagai Pembuka Pintu Rezeki 

18-Sedekah Subuh Memberikan Keberkatan pada Harta Kita 

19- Jaminan mendapat Syurga Adnin dan Syurga Firdaus tanpa Hisab 


=======================

Taubat selalu.



Taubat selalu.

#suraualfalahbandartasikselatan #suraualfalahbts #bandartasikselatan

#suraualfalahbandartasikselatan #suraualfalahbts #bandartasikselatan

#suraualfalahbandartasikselatan #suraualfalahbts #bandartasikselatan


#suraualfalahbandartasikselatan #suraualfalahbts #bandartasikselatan

Puasa terbahagi kepada 3 jenis Puasa orang awam Puasa orang Soleh Puasa orang Muqarrabin


Puasa terbahagi kepada 3 jenis

Puasa orang awam
Puasa orang Soleh
Puasa orang Muqarrabin

Nabi bersabda, 3 golongan yang Allah suka tapi ada 3 golongan yang Allah lebih suka 1. Bertaqwa  tapi orang muda bertaqwa adalah le...


Nabi bersabda, 3 golongan yang Allah suka tapi ada 3 golongan yang Allah lebih suka

1. Bertaqwa  tapi orang muda bertaqwa adalah lebih disukai
2. Bersedekah tapi orang miskin yang bersedekah adalah lebih disukai
3. Merendah diri tapi orang kaya yang merendah diri  adalah lebih disukai

Kalau kita nak tahu diri kita atau orang itu tamak,,   tuhan akan sibukkan dia dengan hal-hal dunia.

Kalau kita nak tahu diri kita hamba dunia,,, tuhan akan sibukkan dia dengan urusan dia hingga tiada masa untuk akhirat. bz memanjang


Kuliah Ustaz Nursalam dari Madrasah di Lampung.  Amal zikir dan bacaan ini! Jika Nabi Yunus tidak membaca zikir ini,  Nabi akan...


Kuliah Ustaz Nursalam dari Madrasah di Lampung. 

Amal zikir dan bacaan ini!

Jika Nabi Yunus tidak membaca zikir ini,  Nabi akan berada dalam perut ikan Nun sampai akhirat.


Ujian dan dugaan datang dari Allah. Kita kembalikan semua itu kepada Allah. Caranya 1. Solat Sunat Taubat 2. Baca " Inna lil...



Ujian dan dugaan datang dari Allah. Kita kembalikan semua itu kepada Allah.

Caranya

1. Solat Sunat Taubat
2. Baca "Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un" sebanyak 1000 kali